BARU saja dinobatkan pemilik akaun Instagram dengan jumlah pengikut paling ramai, Selena Gomez mengumumkan mahu berehat seketika dari media sosial.
Gomez membuat siaran langsung di TikTok pada Khamis untuk mengumumkan pengunduran sementara waktu daripada media sosial, gara-gara kontroversi membabitkan dirinya, rakan baiknya, Taylor Swift dan isteri bekas teman lelakinya, Justin Bieber.
Kata Gomez, dia tidak akan meminta maaf kerana menjadi dirinya sendiri dan gembira dikelilingi oleh ramai rakan baik dan peminat setia yang menyokongnya.
"Saya akan mengambil masa untuk berehat dari media sosial kerana apa yang berlaku sekarang agak bodoh dan saya sudah berumur 30 tahun. Saya terlalu tua untuk ini semua.
"Tetapi saya sangat menyayangi anda semua dan saya akan berjumpa dengan anda semua nanti. Saya hanya perlu berehat seketika," katanya dalam sesi live berkenaan.
Gomez juga telah menyahaktifkan akaun TikToknya. Bagaimanapun, akaun Instagramnya masih aktif.
Kontroversi bermula awal Khamis apabila sebuah video lama dimuat naik ke sebuah akaun TikTok, menunjukkan Hailey dan Method Man, yang ketika itu merupakan hos rancangan Drop The Mic, berbincang mengenai lagu-lagu Swift.
Method Man mengusik Hailey dengan lirik sebuah lagu tentang seorang selebriti dalam album Swift, dengan Hailey membuat aksi seakan-akan mahu muntah.
Kapsyen pada itu video menyebut "Inilah Hailey Bieber yang sebenar," mengecam Hailey sebagai 'pembuli' dan 'gadis jahat.'
Gomez kemudiannya meninggalkan komen pada video itu dengan mempertahankan Swift dan muziknya.
"Maaf, kawan baik saya adalah yang terbaik dan akan terus menjadi salah satu yang terbaik dalam industri," tulis Gomez.
Gomez dan Swift telah berkawan baik sejak 2008.
Gomez juga pernah menjalin hubungan selama hampir lapan tahun dengan Justin Bieber, sebelum bintang pop itu mengahwini Hailey.
Agensi
Fri Feb 24 2023
Ia susulan kontroversi membabitkan dirinya, rakan baiknya, Taylor Swift dan isteri bekas teman lelakinya, Justin Bieber. - Facebook
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Selena Gomez rasa terbeban jadi wanita paling ramai pengikut di Instagram
Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez merupakan wanita yang mempunyai jumlah pengikut terbanyak di Instagram buat masa ini.
Kontroversi berakhir, isteri dan bekas kekasih Justin Bieber kembali mesra
Menutup kontroversi yang bertiup sejak empat tahun lalu, penyanyi Selena Gomez dan model Hailey Bieber dilaporkan sudah berbaik selepas dilihat mesra di Majlis Gala Muzium Akademi.
Teka-teki terjawab! BLACKPINK, Selena Gomez pilih 'Ice Cream' sebagai judul lagu
BLACKPINK, menerusi satu entri di akaun Twitter rasmi mereka, mengumumkan tajuk lagu baharu berkenaan pada Jumaat.
Selepas Ariana Grande, nama Selena Gomez pula disebut bakal bersama Blackpink
Lagu terbaharu itu juga akan menampilkan seorang lagi artis, namun tidak didedahkan identitinya.
Selena Gomez dedah alami gangguan bipolar
Selena Gomez dimaklumkan tentang perkara tersebut selepas satu kunjungan ke sebuah hospital.
Selena Gomez kembali sihat setelah jalani rawatan mental
Penyanyi popular Hollywood, Selena Gomez kini kembali ceria dan sihat setelah menjalani rawatan mental di sebuah pusat pemulihan pada Oktober lalu.
Tujuh artis yang 'fed up' dengan lagu sendiri
Bukan semua penyanyi menyukai lagu-lagu hits mereka. Senarai ini buktinya!
Selena Gomez jalani rawatan mental, ini reaksi Justin Bieber ...
Selena Gomez mula dimasukkan ke hospital sejak beberapa minggu lalu, iaitu tidak lama selepas bekas teman lelakinya, Justin Bieber melangsungkan perkahwinan bersama Hailey Baldwin.
Selena Gomez putus asa bercinta?
Terbaru, ada khabar angin mengatakan penyanyi terkenal Hollywood, Selena Gomez sudah putus asa untuk bercinta.
Justin Bieber menangis hadapan Hailey Baldwin... Akhirnya peminat tahu punca
Terbaru, sekeping foto Justin yang menangis di hadapan Hailey telah tersebar dan ia telah mengundang perhatian para peminat.